Allianz General Insurance Mencari Bengkel-Bengkel Baru Untuk Menyertai Panelnya

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad sedang mencari bengkel-bengkel Skim Pembaik Yang Sah PIAM (PARS) melalui tender terbuka untuk menyertai panel Pembaik Sah Allianz. Syarikat ini mencari bengkel-bengkel di seluruh negara untuk menjadi ahli panelnya untuk tahun 2023 dan 2024. Bengkel-bengkel PARS yang berminat perlu menghantar permohonan sebelum atau pada 17 Oktober 2022.

Pembaik Sah Allianz adalah sebahagian dari perkhidmatan kemalangan 24-jam Allianz Road Rangers dari Allianz General. Perkhidmatan ini telah memberi bantuan kepada lebih daripada 330,000 orang pelanggan sejak pelancarannya pada tahun 2017 sehingga bulan Ogos 2022. Allianz General Insurance_4x4_Claims

Allianz General telah merombak panel bengkelnya pada tahun 2020 dan telah menerima 195 buah bengkel PARS melalui proses tender terbuka.

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad_Chief of Claims_Damian Williams“Inisiatif ini adalah untuk mengekalkan budaya persaingan dan kompeten serta menegaskan semula komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan tambah nilai yang terbaik kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami sedang mencari pembaik yang diiktiraf PARS yang boleh memenuhi kriteria perkhidmatan kami dan mampu memberikan perkhidmatan Bantuan Kemalangan dan Tepi Jalan serta perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan kami,” Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata.

“Panel pembaik memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi harian tetapi mengharungi persekitaran pasca pandemik adalah mencabar dengan bengkel-bengkel yang mengalami kekurangan tenaga berkemahiran, kenaikan kos pekerja dan harga alat ganti. Oleh itu kami kini telah mengambil kesemua faktor ini sebagai pertimbangan dalam memproses permohonan tender,” tambah Damian.

Selain dari rombakan panel pembaik, Allianz General juga telah menambah baik SOP untuk menyokong dan memastikan panel pembaik kekalnya menguntungkan serta kekal berdaya saing. Tambahan pula, syarikat telah memperkenalkan bayaran pendahuluan untuk kesemua pembaikan. Sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan yang diluluskan akan dibayar sebaik sahaja pembaikan diluluskan (ini termasuk kelulusan awal dan kelulusan laporan tambahan, dll). Ia diikuti dengan 25% (termasuk kelulusan tambahan) apabila Pembaik mencapai kemajuan pembaikan sekadar 50%, dan baki 25% dibayar pada hari yang sama sejurus dokumentasi yang

Read the rest